Baru-baru ini kontroversi yang melibatkan pasangan pelakon popular Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle yang dikatakan mengalami masalah rumah tangga akhirnya terjawab apabila Farid yang ditemui di malam Anugerah Skrin 2016 menyatakan bahawa apa yang terjadi membuatkan rumah tangga mereka lebih manis.
BACA: Rumah Tangga Diana Danielle, Farid Kamil Goyah?
Baginya, itu adalah asam garam kehidupan berumah tangga dan apa yang berlaku kini lebih merapatkan hubungan pasangan suami isteri ini.
“Apa yang terjadi saya boleh ibaratkan sebagai satu momen untuk kami tahu apa situasi sebenar yang berlaku. Kami masih gembira dengan perkahwinan kami. Secara tak langsung perkara ini menambah kegembiraan dan kemanisan dalam perkahwinan,” katanya yang ditemui di majlis Anugerah Skrin 2016.
Tambahnya lagi, kontroversi ini menyebabkan dia menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bertanyakan mengenai perihal rumah tangga mereka. Keluarga dan teman-teman ada bertanya mengenai hal tersebut”
“Itu perkara biasa kerana apa yang terjadi antara kami pastinya mendapat perhatian ramai. Ketika berita ini tersebar, saya tidak terkejut tetapi saya bermuhasabah untuk saya renungkan apa sebenarnya yang terjadi,” ujarnya lagi.
Sebelum ini kecoh juga apabila Diana Danielle dikatakan telah ke mahkamah untuk mendapatkan nasihat peguam syariah mengenai masalah rumah tangga mereka. Bagaimanapun, perkara tersebut telah diakui oleh Diana Danielle sendiri. Pun begitu, Diana tidak mendedahkan perihal permasalahan yang dialaminya. (rtky/h)
0 comments