SYARIKAT TENGAH BUANG ORANG
Ya, inilah berita sedih yang sedang melanda syarikat saya. Ikutkan, syarikat saya ini kukuh dah. Setiap negari ada cawangan dan ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Empat tahun saya bekerja di sini. Tahun pertama dan kedua bekerja, syarikat bagi bonus tiga bulan dan kenaikkan gaji. Masuk tahun ketiga, bila GST mula dilaksanakan, pekerja hanya mendapat dua bulan gaji berserta kenaikkan. Tetapi itu masih okay dan semua berpuas hati.
Baru-baru ini, saya dan Head Department yang lain dipanggil untuk satu ad-hoc meeting. Dalam meeting, kami berbincang mengenai masalah syarikat, profit and lost, bajet syarikat 2017 dan bermacam-macam hal yang sulit. Isu terakhir yang dibincangkan ialah, isu pengurangan pekerja.
Kemudian, Head HR kata, setiap unit akan diberikan kuota pekerja. Selebihnya perlu ditamatkan perkhidmatan. Ada juga unit yang dimansuhkan atau digabungkan. Unit saya hanya diberi empat kuota sahaja. Unit saya sekarang ada 28 orang. Saya sebagai head, 4 eksekutif, 4 assistant, 3 kerani dan selebihnya site supervisor.
"Aduh! Pening saya fikir nak selamatkan siapa, nak simpan siapa?"
Saya sedih sebab mereka semua ada tanggungan. Ada yang sudah berkahwin, ada yang baru beli rumah, ada yang isteri sedang mengandung dan ada empat lagi yang akan mendirikan rumah tangga tahun depan.
Sejak balik dari meeting itu, sayu saja hati saya memandang semua staff office. Dulu kalau buat salah, memang kenalah dengan saya. Tetapi sekarang buat salah macam mana pun, saya layan, senyum dan suruh mereka buat semula, pergi check di site semula. Tak apa, syarikat bayar saja duit minyak mereka pergi site 3-4 kali untuk repeat task yang sama. Buat apa nak marah? Tak lama lagi mereka dah tak bekerja di sini.
Sudah tiga minggu berlalu dan saya sudah membuat keputusan bahawa saya akan mengekalkan dua orang eksekutif dan seorang assistant. Dah tak ada kerani atau site supervisor selepas ini. Semua kerja-kerja mereka akan dibuat oleh kami selepas ini.
Bayangkan eksekutiflah yang kena turun site, balik ke pejabat kena buat laporan, analisis dan bagai. Yang tak pernah berpanas, lepas ini meraslaah semua itu. Kerja printing, dokumentasi, filing, attendance semua buat sendiri sebab dah tak ada kerani. Di sini yang bergaji RM2,000 ke atas memang tak dibenarkan buat OT. Hanya mengharap pada claim milege sahaja. Kerja bertambah, masa kerja bertambah tetapi gaji masih sama. Kalau siang hari dah kena duduk di site, masa bila pula nak buat laporan? Tentulah waktu malam, kan?
Bermula hari ini, masing-masing sudah mendapat surat tamat perkhidmatan. Seorang-seorang dipanggil masuk bilik HR. Ada muka sedih, ada muka tak puas hati, muka keruh dan macam-macam ekspresi. Yang paling sedih bila saya berada di pantri, terdengar seorang staff unit saya berbual.
"Saya dah kerja elok-elok. Apa semua yang dia minta, saya bagi ikut due date tetapi masih kena terminate?" luah si A.
"Ala, si Tiha itu bukan tahu nak menghargai pekerja. Kalau buatlah macam mana pun. Nasib akak tak duduk di bawah dia," jawab rakannya.
"Eh akak, esok lusa akak pula yang dapat surat terminate. Just wait and see. Hari ini budak unit saya kena, seorang-seorang HR akan panggil. Tak perlu nak memburukkan nama saya kalau tak tahu situasi. Syarikat yang buat orang, head pula yang mendapat nama buruk?" kataku dalam hati.
Apa nak jadi dengan negara kita? saya mengaku saya tak pandai bab politik, selama ini harga barang naik, tol naik apa semua saya pandang ringan saja. Yelah, masak pun untuk makan seorang sebab saya belum kahwin lagi. Bila makan dengan client atau kontraktor, syarikat yang akan tanggung, minyak pergi kerja/site apa semua.
Tetapi hari ini bila tempat saya mencari rezeki sudah mula menamatkan perkhidmatan pekerjanya, saya rasa sangat terkesan. Rasa insecure sangat. Hari ini mungkin kami berempat selamat. Manalah tahu akan datang kami pula yang dibuang.
Mereka dibuang kerja tanpa sebarang pampasan sebab jawatan kontrak, bukannya tetap. Semoga kita semua dilimpahi rezeki. Pada yang kena buang kerja, semoga ada rezeki anda di tempat lain. - Tiha, IIUM Confessions
0 comments