Monday, November 7, 2016

“Faizal Tahir Tak Kisah Digelar Murtad”

Baru sahaja menghasilkan album terbaru, Faizal Tahir nampaknya dikecam hebat kerana kulit albumnya yang dikatakan berbentuk illuminati serta sama seperti salib. Walaupun menerima pelbagai tanggapan negatif, Faizal tidak kisah jika peminat mengelarkannya murtad hanya kerana kulit album yang dihasilkannya tidak berbaju dan dikritik tidak menjaga aurat.

BACA: Faizal Tahir Muncul Dalam Program Pemuda Pas

“Ia merupakan salah satu proses terpanjang pembikinan album ini yang mengambil masa lapan bulan. Ada yang kata macam bentuk illuminati dan freemason. Saya pun tak tahu macam mana mereka melihat. Ada juga yang kata macam salib. Ada yang kata saya dah murtad. Apa jua mereka kata, saya alu-alukan, saya tiada masalah. Saya tahu apa saya buat”

“Saya dah buat seperti ini sebelumnya. Bukan perkara baru dan tidak mengejutkan. Jika ada yang mengatakan aurat, penyanyi perempuan yang tak pakai tudung, tak ada pula yang berkata aurat. Bila kita keluarkan benda macam ini, kita boleh bezakan orang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan melihat sesuatu secara positif,” katanya kepada Projek MMO.

Umum sudah mengetahui bahawa Faizal dan imej tidak berbaju seakan senonim kerana sebelum ini juga beliau pernah dilanda kontroversi melibatkan penampilan beliau. Kali ini pula Faizal sekali lagi membuat penampilan berani menerusi kulit album dan baginya persoalan aurat sebenarnya lebih tertumpu pada kaum wanita dan tidak pada golongan lelaki.

Album bertajuk Anatomi yang mula dipasarkan sejak minggu lalu memuatkan tujuh buah lagu. Jelasnya terdapat kuda pada kulit album itu kerana ianya mewakili tahun beliau dilahirkan. Manakala warna hitam putih pula melambangkan kehidupan. Kehadiran sayap pula menunjukkan burung mitos Liverpool dimana dirinya penyokong tegar pasukan itu. (rkty/w)

1596759_1009227905820351_2070207102_n 12556114_519134908264696_791940508_n 13098930_109293486145893_338035242_n 13130052_476801705847246_403599255_n 14478368_1476709592386699_505321302014296064_n 14714381_1588805738094535_4362289993536765952_n
Load disqus comments

0 comments