Pernah dikecam warga laman sosial gara gara berpakain seksi bersama Kilafairy ketika menghadiri festival fesyen baru baru ini, Izara Aisyah menyatakan bahawa perkara tersebut turut memberi kesan emosi kepadanya.
BACA: Dikritik Kerana Pakai Seksi, Izara Aisyah Mohon Maaf
“Saya tahu ramai yang menyangka Kila mempengaruhi saya berpakaian begitu. Malah ada juga orang di sekeliling saya menganggp perkara sama. Untuk pengetahuna semua, Kila tidak pernah memaksa saya untuk bergaya seksi dan apa yang berlaku adalah kehendak sendiri”
“Kasihan Kila, tidak pasal pasal namanya dikatikan dalam kontroversi itu. Saya sudah pun meminta maaf sebelum ini dan saya mengaku, itu semua salah sendiri,” katanya dipetik dari BH Plus. Bagaimanpun, masih terdapat segelintir masyarakat seperti tidak dapat memaafkan apa yang dilakukan oleh Izara.
Apa pun, pastinya Izara sudah menyesali dengan tindakannya itu. Bagi Izara, mungkin hiraukan saja apa yang dikatakan orang sekeliling asalkan dirinya sentiasa konsisten untuk menjadi insan yang lebih baik. (rtky/s)
0 comments