Terkejut dengan dakwaan bercinta dengan lelaki berstatus VIP, Izreen Azminda bagaimanapun menafikan gosip berkenaan dan menjelaskan bahawa dirinya kini masih solo. Malah rakan kongsi yang kononnya didakwa sebagai datuk itu adalah tidak benar sama sekali, selain daripada beliau juga adalah seorang wanita dan bukan lelaki VIP seperti yang tersebar semalam.
BACA: Izreen Azminda Bakal Bergelar Datin?
“Saya terkejut juga pada mulanya tetapi bila fikirkan kembali ia sangat kelakar kerana gosip itu sama sekali tidak benar. Saya sendiri tak tahu bagaimana gosip itu boleh keluar sedangkan saya kini tidak menjalinkan hubungan cinta pun dengan mana-mana lelaki”
“Bagaimana pula dalam gosip itu memberitahu saya menjalinkan hubungan cinta dengan share partner dalam perniagaan perfume saya, sedangkan share partner saya itu tidak begelar Datuk malah seorang perempuan. Saya tidak cepat melatah dengan gosip-gosip sebegini kerana sudah biasa dan pernah laluinya sebelum ini,” katanya kepada portal Astro Gempak.
Baru sahaja melancarkan set wangian jenama sendiri, Lurve Me, Izreen memberitahu bahawa dirinya kini ingin memberikan lebih fokus kepada perniagaan dan tidak pada soal jodoh. Mengakui sukar untuk menemui jejaka pilihan hati yang mampu menyanyangi anaknya seperti anak sendiri, Izreen tidak mahu terburu-buru mengejar cinta mahupun status isteri. (rkty/w)
0 comments