Tuesday, November 15, 2016

Jepun Baiki “Lubang Gergasi” Hanya 48 Jam Sahaja

Jepun Baiki “Lubang Gergasi” Hanya 48 Jam Sahaja

jepan
Jalan di Jepun tiba-tiba runtuh dan menjadi lubang sedalam 30 meter di Fukuoka.

Namun yang mengejutkan, lubang gergasi itu hanya memerlukan 48 jam untuk dibaikpulih. Kini ianya telah dibuka semula.

Mutu dan kecekapan kerja pekerja-pekerja amat hebat sehingga kerosakan besar itu berjaya dibaiki semula dalam masa dua hari.

Namun ianya dibuka beberapa hari kemudian selepas menjalani pemeriksaan keselamatan yang terperinci.

Media tempatan turut memuji hasil kerja cekap pekerja-pekerja yang terlibat dalam proses pembaikian lubang sebesar separuh kolam renang Olimpik itu.

Para pekerja membaiki jalan itu dengan memasukkan sejumlah simen dan pasir kedalam lubang tersebut dan juga menyelesaikan masalah elektrik, gas serta paip air yang rosak selepas kejadian.

Memang hebat rakyat di Jepun ini bekerja. Semoga boleh diikuti budaya bekerja dengan efisyen ini. -PENMERAHDOTCOM

jepan1

The post Jepun Baiki “Lubang Gergasi” Hanya 48 Jam Sahaja appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments