Thursday, November 17, 2016

Najib Tidak Gentar Dengan Protes Jalanan, Hanya Peti Undi Yang Menentukan Nasibnya


TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan protes jalanan yang mahu menuntutnya meletak jawatan. Sebaliknya berkata, hanya peti undi sahaja yang dapat menentukan nasibnya, lapor mStar

Mengulas mengenai demonstrasi Bersih 5 yang akan dirancang di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, beliau berkata, kehendak rakyat akan diputuskan apabila pilihan raya umum diadakan. 

"Sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan sebelum pilihan raya adalah tidak mengikut perlembagaan. Demonstrasi jalanan hanya akan membawa kepada huru-hara di negara ini," katanya. 

Jelas beliau lagi, demonstrasi bukanlah sesuatu yang baik untuk rakyat dan itu juga bukan budaya yang diterima di negara ini. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments