Tuesday, November 15, 2016

Pelajar 14 Tahun Bakal Bergelar Jutawan, Hasil Usaha Titik Peluh Sendiri

Pelajar 14 Tahun Bakal Bergelar Jutawan, Hasil Usaha Titik Peluh Sendiri

h

Seorang pelajar lelaki yang baru berumur 14 tahun bakal menjadi jutawan termuda di Britain.

Ini apabila dia mendapat tawaran dari sebuah syarikat pengusaha perumahan untuk membeli tanahnya dengan harga £2 juta (RM10.7 juta).

Tanah itu dibeli oleh pelajar bernama Harvey Millington untuk membuka pejabatnya.

Tahun lepas, Harvey berjaya menjadi pendapatan sehingga £100,000 (RM500,000) dengan hanya menjual stiker untuk memperingatkan pemandu kenderaan tentang tarikh luput roadtax mereka.

Produk itu dikenali sebagai Tax Disc Reminder. Menurut Harvey, setiap hari dia menerima 400 tempahan untuk stikernya.

Harvey mendapat idea genius itu apabila dia terlihat bapanya asyik terlupa bila untuk membayar cukai jalan pada dua tahun lepas.

Di UK, penggunaan tax disc (kertas cukai jalan) sudah tidak lagi digunakan bermula tahun 2014 dan digantikan dengan sistem elektronik. Disebabkan itu ramai pengguna asyik terlupa bila tarikh luput cukai jalan mereka.

Harvey menjual stiker itu dengan harga £4 (RM 21) sekeping.

Kerana kejayaannya, ssahawan muda itu merancang untuk membuka pejabat bagi bisnesnya itu dan membeli tanah tiga ekar dengan harga £40,000 (RM 200,000).

Namun Harvey terpaksa memikirkan semula rancangan tersebut apabila sebuah syarikat pengusaha perumahan memberi tawaran RM10.7 juta untuk tanah yang dibelinya itu.

Remaja itu berkata aanya satu tawaran yang sukar untuk ditolak. Jumlahnya terlalu banyak.- PENMERAHDOTCOM

The post Pelajar 14 Tahun Bakal Bergelar Jutawan, Hasil Usaha Titik Peluh Sendiri appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments