Monday, November 7, 2016

Pelanggan Dari Kelantan Hina Orang Utara Kulit Gelap

Ini memang boleh buat orang Utara panas hati membacanya. Tak sangka pulak sampai sebegini mentaliti sesetengah masyarakat kita. Betul betul menilai luaran orang semata mata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Harap anda bawa bertenang dulu sebelum baca ya.

Baru baru ini melalui perkongsian di Facebook oleh dua insan yang terkesan dengan perbualan ini, seorang pelanggan ingin mendapatkan produk kosmetik daripada mereka.

Bermula dari pertanyaan biasa, pelanggan yang mendakwa dirinya daripada Kelantan secara tiba tiba menyatakan bahawa wanita dari Utara negara kita ini tidak cantik dan berkulit gelap selain mendabik dada tentang kecantikan wanita dari negeri asalnya itu.

Anda tak percaya? Nilailah sendiri perbualan di Whatsapp ini. Boleh tahan panas hati juga membacanya. Silap orang, memang kena sembur semula wanita tersebut.

3-pelanggan-kelantan-hina-orang-utara-kulit-gelap-hanasuva
2-pelanggan-kelantan-hina-orang-utara-kulit-gelap-hanasuva
1-pelanggan-kelantan-hina-orang-utara-kulit-gelap-hanasuva

Apa pendapat anda selepas membaca perbualan ini? Di Facebook sumber asal perbualan ini – Amy Azmi dan Siti Nurjawahir Jasmi yang juga merupakan pengasas produk tersebut, memang ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan sikap wanita itu.

Melalui pemerhatian kami, produk Misa Skincare sememangnya menjadi produk kecantikan yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran pada tahun 2016 oleh kerana keberkesanan jenama itu sendiri. Pelik juga apabila ada pihak yang belum pun mencuba namun sudah melemparkan hinaan sedemikian.

Usaha kami untuk menghubungi pihak berkenaan belum berhasil dan sehingga kini pengasas kepada produk berkenaan belum memberi sebarang kenyataan berikutan perkara tersebut.

Load disqus comments

0 comments