Tuesday, November 15, 2016

Pemandu Di China Guna Sticker Hantu Untuk Ajar Golongan Yang Suka Nyalakan Lampu Tinggi Sesuka Hati


JINAN, CHINA - Berang dengan tindakan sesetengah pengguna jalan raya yang gemar menyalakan lampu tinggi tanpa sebarang sebab, beberapa pemandu di China mengambil inisiatif menggunakan pelekat (sticker) hantu yang menakutkan di bahagian cermin belakang kenderaan bagi tujuan menakutkan golongan yang tidak bertanggungjawab itu. 

Penggunaan pelekat yang memaparkan gambar-gambar hantu ini dikesan oleh polis trafik di Jinan, wilayah Shandong. 

Lapor South China Morning Post, pelekat tersebut dijual di laman Taobao dengan harga serendah 16 yuan (RM10.00).  

Menurut penjual, pelekat tersebut tidak dapat dilihat dalam keadaan gelap, namun ianya hanya boleh dilihat jika pemandu di belakang menyalakan lampu tinggi. 

Tujuannya? Bagi mengajar golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab yang gemar menyalakan lampu tinggi agar tidak berbuat demikian di masa akan datang. 


Bagaimanapun, mana-mana pemandu yang menggunakan pelekat gambar hantu tersebut boleh dikenakan saman sebanyak 100 yuan (RM63.00) kerana pelekat tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, lapor Xinhua News. 

Jika penggunaan pelekat tersebut menyebabkan kemalangan, pemandunya juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang lebih tegas, tambah Xinhua. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments