Saturday, November 5, 2016

Pusat Rawatan Islam Perdaya Pelanggan RM32,800 Ditutup & Denda RM500


MELAKA - Susulan viral dan disiasat oleh Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pasangan yang mengusahakan pusat rawatan Islam yang mengenakan caj RM32,800 itu menghentikan perkhidmatan mereka serta merta. 

Menurut Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, pasangan berkenaan mengaku memperdayakan pelanggannya sebanyak RM32,800.

"Pihak MAIM berpuas hati dengan langkah yang diambil oleh pasangan terbabit iaitu menghentikan perkhidmatan mereka serta merta. 

"Bagi mengelakkan kes penipuan berulang, pemantauan berterusan akan dibuat terhadap pengusaha terbabit," katanya. 

Lapor The Malay Mail Online, pengusaha pusat itu juga didenda RM500 oleh Majlis Perbandanran Jasin (MPJ) kerana berniaga tanpa lesen dan iklan tanpa permit. 

Difahamkan pengusaha terbabit membuat keputusan untuk menutup pusat rawatannya serta merta kerana menyinggung perasaaan umat Islam. Malah pengusah berkenaan juga turut memohon maaf. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments