Friday, November 11, 2016

“Saya Tak Tegur Che Ta Jika Isu Remeh Temeh”

Sebagai suami siapa tidak marah jika orang ramai mengkritik dan mencari salah isteri, bagaimanapun Zain Saidin dilihat kerap berdiam diri apabila isterinya Rozita Che Ta menjadi bahan kecaman. Namun Zain punya alasan tersendiri, di mana beliau merasakan melayan kritikan negatif orang ramai sebagai tindakan yang sia-sia dan mengarut untuk memikirkannya.

BACA: Zain Saidin Siasat Pihak Salah Guna Gambarnya

“Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka golongan keyboard worrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia. Pun begitu, jika ada yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan menegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh”

“Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga. Selalunya akan keluarlah ayat yang bukan-bukan daripada mulut,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Dalam masa yang sama, pengalaman lalu banyak mengajar Zain untuk tidak memberikan respons terhadap setiap kritikan orang ramai terutamanya di media sosial, lebih-lebih lagi berkaitan dengan isterinya yang sedia maklum sering menjadi perhatian ramai kerana merasakan golongan ini berkelakuan seperti itu adalah hanya untuk menarik perhatian orang lain.

Terdahulu Che Ta sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila beliau dikatakan disekat ke luar negara berikutan tunggakan cukai yang tinggi. Berang dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan, Che Ta telah mengamuk di Instagram dan bergaduh dengan pengikutnya itu. Namun memang tidak nampak kelibat Zain memberikan kenyataan mempertahankan isterinya. (rkty/w)

1-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg 2-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg 3-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg 4-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg 5-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg 6-saya-tak-tegur-che-ta-jika-isu-remeh-temeh-jpeg
Load disqus comments

0 comments