Monday, November 7, 2016

“Semak Status Kahwin Saya Di Pejabat Agama”

Kerap bercuti bersama di luar negara, mungkin ada yang menganggap Nora Danish dan kekasih telah berkahwin secara senyap di luar negara. Walaupun beberapa kali menafikan dakwaan terbabit, Nora masih dihimpit dengan tuduhan tersebut sehingga kali ini beliau meminta orang ramai untuk mengesahkan sendiri di pejabat pendaftaran perkahwinan mengenai status beliau.

BACA: “Kenyataan Saya Telah Diputar Belit”

“Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara yang baik. Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula. Tolonglah jangan percaya. Sekarang kan kita boleh periksa status seseorang itu di pejabat agama. Pergi saja ke bahagian pendaftaran perkahwinan”

“Jangan risaulah. Jika perkara ini betul, saya sendiri akan kongsi juga dengan semua orang. Benda baik, kita takkan sorok pun. Bila saya akan berkahwin? Maaflah, saya sendiri tidak boleh kongsi. Kita tunggu sahaja nanti, tidak berani saya mahu berkata apa-apa lagi buat masa ini,” katanya kepada Utusan Online mengenai berita perkahwinan beliau.

Biarpun dulu pernah mengatakan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini, Nora menegaskan bahawa ianya masih di dalam perancangan dan tidak berlaku pada tahun ini. Masih berteka-teki dengan rancangan perkahwinannya, Nora tetap berahsia mengenai tarikh perkahwinannya namun akan diberitahu kepada umum jika sudah tiba masanya. (rkty/w)

1-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg 2-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg 3-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg 4-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg 5-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg 6-semak-status-kahwin-saya-di-pejabat-agama%22-jpeg
Load disqus comments

0 comments