Melihatkan beberapa muatnaik gambar terbaru di Instagram Sharnaaz Ahmad, pelakon ini bagaikan memberi gambaran dia sedang melepaskan sesuatu namun berserah kepada ketentuan Tuhan.
BACA: Sharnaaz Ahmad Rancang Nikah Tahun Depan
Rata rata peminatnya juga turut memberi sokongan moral selain berharap agar Sharnaaz bersabar dan tabah menghadapi dugaan malah ada di antara mereka yang mula mengaitkan perkara tersebut dengan jodoh.
Usaha kami untuk mendapatkan penjelasan daripada pelakon berkenaan bagaimanapun tidak berhasil kerana panggilan telefon tidak berjawab. Mungkin bila tiba masanya, Sharnaaz akan bersedia untuk memberikan kenyataan.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah menyuarakan hasratnya untuk menikahi kekasihnya, Noor Nabila pada tahun hadapan. Bagaimanapun, mungkin juga luahan hati Sharnaaz di Instagram bukanlah pada perkara berkaitan jodoh. (rtky/s)
0 comments