“Sultan Melaka” Tak Mengaku Salah Atas Tuduhan Menipu, Menyamar
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’.
Nor Jan Tuah membuat pengakuan itu di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan menipu dan menyamar sebagai sebagai Sultan Melaka.
“Sultan Melaka” Noor Jan Tuah berasal dari Selangor dan berumur 59 tahun.
Dia didakwa menipu empat lelaki supaya mangsa mempercayai tertuduh sebagai Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka, sedangkan ia bukan identiti sebenar tertuduh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di A’Famosa Resort Melaka, kira-kira jam 10 malam, pada 28 Disember 2013.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Chee Thim dan Ifa Sirrhu Samsudin.
Manakala tertuduh diwakili peguam bela Surjan Singh Sidhu dan pelatih dalam kamar.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 21 Disember ini sebagai sebutan semula kes.-PENMERAHDOTCOM
The post “Sultan Melaka” Tak Mengaku Salah Atas Tuduhan Menipu, Menyamar appeared first on PenMerah.com.
0 comments