Inovasi. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana hijab keluaran Nora Danish mampu mengubah dunia fesyen Muslimah. Namun, hijab yang ada zip ini bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi warga laman sosial. Mana tidaknya, mana ada lagi tudung ada zip untuk tutup muka.
BACA: Nora Danish Bawa Isu Cukai Ke Peguam
Tudung dengan nama EZip ini kalau diikutkan kata Nora di Instagram, sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan atau boleh guna untuk tidur ketika dalam penerbangan. Bagi kami, jika anda anti-sosial, ini mungkin sesuai untuk anda.
Apa pun, kami kongsikan gambar dan juga beberapa luahan hati warga laman sosial terhadap rekaan terbaru tudung ini. Betul betul berani rekaan ini. Kami kagum, sangat kagum.
Muka anda buruk? Jangan risau. Nora Danish ada cipta tudung khas untuk hijabsters yang tak mahu menakutkan orang ramai. http://pic.twitter.com/edNYxs9MeM
— Boyfriend From Hell (@The_Endie) November 20, 2016
Bangangnya. Enough said. http://pic.twitter.com/TMwqvnl80T
— Fendy Zaidan (@fendyzaidan) November 20, 2016
"Apa fungsi tudung ada zip?"
"Kalau meninggal boleh zip terus jadi kaffan agaknya"— Effi Saharudin (@1Obefiend) November 20, 2016
Design baru nora danish?, you cantik la pakai klau kita pakai org ckp buang tebiat pulak ? http://pic.twitter.com/jdBIwTwsB3
— NurSyahirra (@Nrsyhrra_) November 19, 2016
Jadi, apa pendapat anda? Kuat hati ini mengatakan akan ada parodi mengenai inovasi terkini ini. (rtky/s)
0 comments