Video rakaman dari drone itu dimuat naik ke laman YouTube, YAOG, menunjukkan isterinya keluar dari rumah menuju ke sebuah kawasan kedai berhampiran sebelum masuk ke dalam kereta seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan meluahkan rasa geram dan kecewanya akan hubungan yang telah terbina selama 18 tahun dihancurkan begitu sahaja.
Menurut YAOG, dia mula menyimpan rasa curiga pada isterinya beberapa minggu sebelum video itu dirakam, selepas wanita itu mula berkelakuan pelik di sekelilingnya.
Dia mendakwa pernah menerima panggilan yang memberitahu ada sesuatu yang tidak kena berlaku dan cuba mengekori isteri dua kali, namun wanita itu hanya pergi ke tempat kerjanya.
Selepas itu, dia terlintas di fikirannya untuk menggunakan drone bagi mengintip pergerakan wanita itu dan hasilnya ternyata amat mengejutkan.
Pada awal video menunjukkan isterinya yang berbaju hitam berjalan dari rumah ke kedai berhampiran. Beberapa minit kemudian, datang sebuah kereta dari belakang kedai tersebut menjemput isterinya masuk.
"18 tahun hancur hilang begitu sahaja! Perkahwinan kami baik-baik saja dan saya sangka segalanya tiada masalah. Rupa-rupanya tidak," katanya.
Walaupun ramai yang percaya dengan dakwaan itu, namun ada segelintir netizen tidak percaya dan menganggap video itu palsu dan mendakwa lelaki itu cuba membuat wang dari pengiklanan YoUTube.
Sejak video itu dimuat naik ke laman YouTube, video itu telah ditonton lebih dari 1.7 juta penonton. - The Reporter
0 comments