Sedang menunggu keputusan mahkamah mengenai hal penceraian, Dira Abu Zahar menjelaskan bahawa dirinya tidak mahu bermasam muka dengan bekas suami, Helmi Yusof. Mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami sejak enam bulan lalu, Dira memberitahu beliau tidak bermusuh dengan bekas suami kerana segalanya telah diselesaikan cara baik.
BACA: Dira Abu Zahar & Suami Akui Berpisah Rumah
“Walaupun bercerai, kami selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tiada halangan atau paksaan buatnya untuk berjumpa Anggun. Semua telah diselesaikan dalam keadaan yang baik. Anggun memang berada bawah jagaan saya. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Itu adalah jalan yang terbaik dan saya tidak boleh kongsi semua perkara, tidak perlu disensasikan lagi”
“Pada mulanya, saya dan dia sudah sepakat untuk tidak mendedahkan hal tersebut, namun saya sedar bahawa lambat-laun orang akan tahu juga apabila kami tidak lagi tinggal bersama. Sebab itu akhirnya saya mengaku akan bercerai dengannya,” katanya kepada Kosmo Online mengenai status perkahwinan mereka yang kini berada di dalam proses penceraian.
Setelah lama berteka-teki mengenai status perkahwinannya sebelum ini, ada beberapa gosip mengatakan hubungan pasangan ini sedang berantakan, bagaimanapun dinafikan oleh Dira sendiri. Namun menyedari statusnya sebagai seorang selebriti dan tidak ingin menimbulkan sebarang fitnah di kemudian hari, Dira membuat pengakuan penceraian mereka. (rkty/w)
0 comments