Tuesday, November 8, 2016

Zul Ariffin Nafi Sombong, Dakwa Pemilik Restoran Menipu

Baru-baru ini, Zul Ariffin sekali lagi terpalit dengan tuduhan sombong apabila enggan bergambar bersama peminat di Sabah. Tindakan peminat dan juga pemilik restoran tersebut menceritakan apa yang terjadi mendapat perhatian warga laman sosial namun Zul menafikan perkara tersebut berlaku.

BACA: Zul Ariffin Sombong Lagi Dengan Peminat?

“Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengahari bersama dua orang rakan dan kru produksi. Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap “okay””

“Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar. Seingat saya, tidak keluar langsung ayat ‘please respek, saya tak selesa’ seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya,” katanya.

Jelas Zul kepada Astro Gempak lagi, kehadirannya di negeri tersebut adalah untuk menjalani penggambaran dan pastinya dia menghormati masyarakat di negari tersebut. Tambahnya, dakwaan lelaki berkenaan turut

“Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberikan sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang berseronok dengan tuduhan palsu yang dia buat”

“Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti. Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?,” katanya lagi.

1-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya 2-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya 3-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya 4-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya 5-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya 6-zul-ariffin-nafi-sombong-dakwa-pemilik-restoran-menipu-rotikaya
Load disqus comments

0 comments