Dalam bahasa Arab, hari raya ‘Aidilfitri’ disebut sebagai ‘Id al-Fitr’. ‘Id’ bermaksud ‘kembali’, ‘perayaan’ atau ‘hari ulang tahun’.
Manakala ‘Fitr’ pula bermakna ‘berbuka’ atau ‘makan minum’, iaitu pada hari raya (1 Syawal), umat Islam diharamkan berpuasa. Selain itu, ‘Fitr’ juga bermakna ‘fitrah’ atau ‘tabiat semulajadi’
Ini bermaksud, ibadah puasa yang dilakukan oleh seseorang itu dalam bulan Ramadan, disertai dengan amalan ibadah seperti solat tarawih, mengaji al-Quran, qiyamullai, berzikir dan sebagainya akan menjadikan mereka bersih dari segala dosa.
Jadi, pada 1 Syawal, umat Islam akan kembali kepada fitrah seperti seperti bayi yang baru dilahirkan.
Namun, hari ini kebanyakan umat Islam hanya menyambut Aidilfitri hanya berdasarkan kebendaan sahaja, sehinggakan semakin jauh dari pengajaran Islam.
Terdapat beberapa garis panduan dalam menjadikan Aidilfitri seperti yang digariskan Islam;
#1 – Meneruskan Amalan Semasa Ramadan
Segala amal ibadah yang dikerjakan semasa bulan Ramadan seperti bertahajjud, mendirikan solat sunat dan mengawal perbuatan dan perkataan sebaiknya diteruskan pada bulan-bulan selepasnya.
Dengan itu, amalan berpuasa juga boleh diteruskan pada bulan Syawal iaitu puasa sunat enam hari sebagai pelengkap puasa di bulan Ramadan.
#2 – Kembali Kepada Fitrah
Sekiranya ada apa-apa bentuk kepincangan dalam ibadah, kita mesti berusaha memulihkannya.
Misalnya solat lima waktu yang tidak ditunaikan secara penuh, sebaiknya dibaiki dan sedaya upaya diusahakan sehari semalam. Begitu juga dengan ibadah lain, perbaiki dan cuba perelokkan.
#3 – Sederhana Dan Ikut Kemampuan
Bersederhana kerap dikaitkan dengan aspek kewangan. Seharusnya masyarakat Islam memastikan sambutan Aidilfitri disambutkan dengan sederhana dan tidak membebankan.
Sehinggakan ada dalam kalangan kita yang meminjam dan berhutang semata-mata untuk memuaskan kehendak berhari raya.
Jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk, berlawan kebendaan demi hanya kepuasan kehendak sahaja.
Oleh itu elakkan diri dari berbelanja di luar kemampuan, dan sambutlah hari kemenangan Aidilfitri dengan seadanya, semampunya dan sesederhananya.
#4 – Elak Pembaziran
Umat Islam harus mengelakkan diri dari pembaziran semasa membuat persiapan hari raya.
Bukan dari segi makanan sahaja, tetapi bentuk hiasan dan perssiapan kelengkapan lain. Kadang-kadang semua persiapan itu hanya untuk kelihatan cantik sahaja, tanpa manfaat lain.
Sudah menjadi kelaziman apabila tiba hari raya, semua barangan perabot ditukar baru walaupun tidak rosak, cat rumah diwarnakan baru walaupun masih kelihatan cantik.
Apa yang lebih dibimbangi, semua itu hanyalah pembaziran, bukankah membazir itu meiru sikap syaitan yang dilaknat?
#5 – Bezakan Budaya Dengan Agama
Dalam budaya kita, berziarah dan meminta maaf itu adalah amalan semasa hari raya. Sedangkan meminta maaf adalah lebih baik sewaktu berada bulan Ramadan.
Samalah dengan amalan memberi duit raya pada hari raya, sebenarnya memberi sedekah adalah lebih baik pada bulan Ramadan kerana ganjaran pahala bersedekah ketika itu adalah sangat besar.
Namun, berziarah dan memohon maaf pada hari Aidilfitri itu tiadalah salahnya, bahkan amalan yang mengeratkan silaturahim seperti itu sebaiknya diteruskan.
#6 – Menitikberatkan Aurat Dan Pergaulan
Aurat dan pergaulan inilah yang sering menjadi permasalahan apabila tiba ahri raya iaiatu apabila berkumpul semua adik beradik, sepupu sepapat, ipar duai dan sebagainya.
Apabila berkumpul di kampung dalam keluarga yang besar contohnya, jagalah aurat dalam kalangan bukan mahram.
Begitu juga dengan hal bersalaman pada hari raya itu, sehinggakan bercampur semua pihak yang bukan mahram.
Jangan pula ada yang berkecil hati jika ada pihak yang tidak tidak mahu bersalaman, sebaiknya semak dahulu golongan yang boleh bersalam atau sebaliknya.
#7 – Menjauhkan Perkara Tidak Berfaedah
Seharusnya umat Islam memperbanyak takbir dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
Namun ada hari ini kebanyakan umat Islam banyak meluangkan masa pada hari raya Aidilfitri dengan menonton TV dan bermain mercun, padahal itu bukanlah tuntutan Islam.
Sebaiknya umat Islam janganlah menyibukkan diri dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang bertakbir.
Selain itu, terdapat beberapa cara Rasulullah s.a.w dalam menyambut hari raya Aidilfitri, antaranya;
#1 – Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
#2 – Menjamah makanan sebelum keluar. Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebut;
#2 – Menjamah makanan sebelum keluar. Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebut;
“Nabi s.a.w tidak keluar di pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah Nabi s.a.w menjamah beberapa biji kurma.”#3 – Memperbanyak takbir pada hari raya.
#4 – Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
#5 – Memakai pakaian terbaik yang ada.
#6 – Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi);
#5 – Memakai pakaian terbaik yang ada.
#6 – Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi);
“Dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi s.a.w biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya.”Riwayat al-Bukhari
#7 – Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim.
Sebagai umat Islam, sambutlah hari kemenangan dengan berlandaskan garis panduan Islam. Janganlah terlalu mengikut perasan dan nafsu dalam merayakan.
Paling malang pada hari ini hari raya Aidilfitri sudah disamakan dengan perayaan lain, sehinggakan melebihi apa yang digariskan oleh agama.
Sumber : tazkirah.net
via Bin Usrah
0 comments