Monday, June 26, 2017

Mia Ahmad Dedah Perangai Suami Lepas Kahwin

Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada Januari lalu, pelakon Mia Ahmad menjelaskan bahawa baru kini dia mengetahui perangai sebenar suaminya itu. Jadual suami, Mohd Izham yang padat sebelum ini membuatkan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama malah turut belum berbulan madu lagi.

“Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia. Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu tambah Mia, kerana tuntutan kerjaya suaminya juga, mereka hanya sempat berhari raya selama dua hari saja di kampung Mia. Bagaimanapun, Izham mempunyai cuti panjang pada Ogos dan penghujung tahun ini sekaligus memberi peluang kepada pasangan ini untuk meluangkan masa bersama.

“Tahun pertama kami beraya bersama tapi Izham tak dapat cuti lama. Raya kedua saya dah hantar dia ke lapangan terbang untuk perlawanan seterusnya. Sejak kami berkahwin, jadual suami terlalu padat sebab itu belum ada masa nak pergi berbulan madu. Tapi inilah cabaran berkahwin dengan pemain bola sepak dan saya kena terima,” katanya. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments