Wednesday, June 28, 2017

Ayah Islam, Ibu Kristian: Kejadian Berebut Jenazah Anak Akibat Kahwin Berlainan Agama


JAKARTA - Satu kejadian perebutan jenazah seorang aktress dilihat benar-benar memberi pengajaran kepada masyarakat di negara itu yang berkahwin berlainan agama.

Menerusi laporan tempatan, ayah kepada akterss itu merupakan Islam manakala emaknya pula merupakan Kristian.

Jenazah aktres Yana Zein itu menjadi perebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikn mengikut ajaran agama masing-masing.

Video perebutan itu turut menjadi viral di media sosial.


Menurut laporan, kekecohan mula berlaku apabila si bapa datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya sekaligus menentang jenazah itu disemdikan mengikut ajaran Kristian.

Bapa aktres itu terus melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran serta dengan tegas menyatakan anaknya seorang Islam dan tiada seorang pun boleh menentang perkara tersebut.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments