Selepas terpalit dengan kontroversi bermain cinta dengan jurulatih peribadi ketika mengikat tali pertunangan, Indah Ruhaila menerusi Instagram mengumumkan telah putus tunang. Tali pertunangan yang terjalin selama empat tahun itu didakwa berakhir sejak tiga bulan lalu.
BACA: Indah Ruhaila Nafi Curang Dengan Bakal Suami
“Saya manusia tidak sempurna dan saya meletakkan diri saya paling bawah. Saya ingin memohon maaf atas segala khilaf kepada semua yang terjejas dengan isu ini terutama ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan”
“Saya juga memohon supaya diberi ruang dan privasi bagi diri saya dan keluarga sempena hari dan bulan baik ini,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai berita pertunangannya yang putus.
Dalam masa yang sama, Indah enggan membicarakan lagi kisah pertunangannya kepada umum kerana menjaga hati banyak pihak dalam perkara ini. Dikhabarkan penyanyi itu juga menutup ruangan komen di akaun Instagram ketika posting pengumuman itu dinaikkan.
Terdahulu, ada dakwaan mengatakan pertunangan Indah telah putus kerana berpunca daripada dirinya yang bermain cinta dengan jurulatih peribadi yang dilantik untuk persiapan perkahwinannya. Bagaimanapun Indah menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka itu. (rtky/w)
0 comments