Gara-gara kesihatan ibunya yang tidak stabil, Adira membuat keputusan untuk bersalin serta berpantang di kampung halamannya di Kundasang, Sabah. Selain dapat menjaga dan menemani ibunya yang sakit, kehadiran ibunya juga dapat memudahkan urusan berpantang Adira yang kini hamil dengan usia kandungan memasuki lima bulan sebelum dijangka bersalin pada tahun depan.
BACA: “Mana Ada Saya Ceraikan Adira”
“Mengikut perancangan, saya berhasrat untuk bersalin dan berpantang di kampung kerana ibu kurang sihat. Biasalah sakit tua, keadaan kesihatan ibu perlukan pemantauan. Walaupun ibu sekadar menjadi peneman, nasihat dan petuanya saya perlukan. Pada masa sama apabila di kampung tidaklah nanti saya risau akan kesihatannya disebabkan ibu ada di depan mata”
“Namun semuanya masih berada dalam perbincangan dengan suami. Ada lagi empat bulan untuk dipertimbangkan. Jika tiada aral melintang, saya berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perancangannya yang berhasrat untuk bersalin dan berpantang di rumah ibunya di Kundasang, Sabah.
Dijangka bakal bersalin pada bulan Mac tahun depan, Adira akui dirinya tidak mengalami sebarang alahan teruk di sepanjang kehamilan. Pun begitu, selera makannya semakin bertambah sejak hamil apabila beliau kerap berasa lapar pada waktu malam tetapi pada ketika ini beliau lebih menggemari makanan yang dimasak di rumah berbanding keluar untuk ke restoran. (rkty/w)
0 comments