Wednesday, November 2, 2016

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Buat Majikannya Terkejut, Ubah Fikiran

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Buat Majikannya Terkejut, Ubah Fikiran

surau

Ini satu kisah benar yang dikongsikan oleh Nadzri Sazali di laman facebook.

Perkongsian ini ternyata dapat mengubah persepsi salah tentang mengapa bos bukan Islam kadangkala tidak memberi kebenaran pekerjanya untuk keluar solat.

Jom baca:

Bos Tak Bagi Solat

Kerja pertama aku selepas SPM dulu di JPO. Waktu itu, JPO baru dibuka lagi, ramai member yang cari kerja di sana. Nak dijadikan cerita boss aku dulu seorang Cina, Miss Ng namanya. Waktu hari pertama bekerja, aku minta izin untuk keluar solat. Tiba-tiba dia kata tak boleh.

Tersentak juga aku pada waktu itu. Sudahlah ini pengalaman pertama aku bekerja, tiba-tiba nak minta solat tak dapat. Tetapi daripada aku viralkan isu ini di internet, report polis, tak pun call ibu dan ayah untuk mengadu, aku gunakan budi bicara.

Kena Punch Card

Aku beritahu Miss Ng yang aku keluar untuk solat tidak lebih dari 10 minit, sebab dari kedai pergi surau hujung ke hujung mall. Dia kata boleh, tetapi kena punch card. Jadi, aku pun terima sajalah. Selepas 10 minit, aku kembali. Tiba-tiba dia bertanya pada aku.

“Aiyoo? Banyak cepat. You lari ke?” soal Miss Ng.

“Taklah, sembahyang 5 minit saja. Jalan kaki 5 minit,”

Bos Ubah Fikiran

Satu hari itu, 3 kali aku punch card untuk keluar solat sahaja. Hari kedua pun aku buat perkara yang sama. Masuk hari ketiga, boss aku kata tak perlu lagi punch card. Nak keluar solat, beritahu dia saja. Hari ke hari selepas itu, tiga bulan aku kerja, tiada masalah untuk keluar solat.

Kadang-kadang mereka bukan tak bagi solat, mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap rasis. Mereka cuma tak tahu. Tugas kitalah untuk educate dan beritahu mereka bahawa solat ini tak panjang mana. Beritahu dia solat 5 waktu sehari ini tidak sama seperti solat Jumaat yang siap khutbah yang memakan masa hampir sejam itu. Barulah dia faham.

Jangan mengelabah sangat. Jangan salahkan mereka semata-mata.

Aku perhati, ada pekerja muslim dari kedai lain yang minta keluar solat. Tetapi dalam perjalanan itu, singgah dulu bersembang dengan member 10 minit, hisap rokok 10 minit. Mengular sana sini. Last-last keluar sampai 30-40 minit. Majikan mana yang tak marah?

3 kali solat, dah 1 jam 30 minit break free-free. Memanglah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab itu pentingnya budi bicara. Runding, bukan berguling. – Nadzri Sazali

Memang betul kata saudara Nadzri ini. Kerana ada yang suka mengular, kadangkala bos bukan Islam salah faham. Apapun jadikan perkongsian ini sebagai pengajaran dan jadikan teladan buat semua. -PENMERAHDOTCOM

The post Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Buat Majikannya Terkejut, Ubah Fikiran appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments