Ini Respon Michael Ang Sering Jadi Bahan Gurau Kasar ‘Oi Kau Buat Apa Di Majlis Melayu’
Michael Ang merupakan pengarah drama yang semakin popular. Drama terbarunya Suri Hati Mr Pilot telah meletup-letup di tv.
Ketika di majlis atau event, selalu dilihat Michael Ang ini sering jadi bahan lawak rakan artis.
Ini kerana dia sering tampil di event racangan hiburan yang selalunya menjadi pilihan kaum Melayu.
Walaubagaimanapun, Michael tidak pernah terasa hati dengan gurauan rakan artis membabitkan bangsa beliau sebagai lelaki Cina yang sentiasa berada dalam kelompok Melayu.
Dia tidak pernah menganggap gurauan seperti itu bersifat perkauman
malah Michael tahu kebanyakan artis sering bergurau kasar antara satu sama lain.
Ini komennya:
“Jujurnya saya tidak pernah mengambil hati apabila orang bercakap seperti ‘Oi, kau buat apa di majlis orang Melayu, kau seorang saja Cina?’
“Mungkin ada yang ambil perkara ini secara negatif, tetapi dalam industri ini, kita saling bergurau kasar.
“Saya sendiri bergurau kasar dengan orang, takkan saya tidak boleh terima apabila orang bergurau dengan saya,”
Itulah respon Michael Ang tentang hal ini, steadylah Michael. -PENMERAHDOTCOM
The post Ini Respon Michael Ang Sering Jadi Bahan Gurau Kasar ‘Oi Kau Buat Apa Di Majlis Melayu’ appeared first on PenMerah.com.
0 comments