Saturday, November 19, 2016

Jam Tangan Eksklusif Dibeli Dengan Harga RM48.8 Juta

Jam Tangan Eksklusif Dibeli Dengan Harga RM48.8 Juta

jam

Seutas jam tangan jenama Patek Philippe Reference 1518 menjadi tumpuan media di serata dunia.

Ini kerana jam tangan ini telah menjadi jam tangan paling mahal pernah dilelong dengan harga RM48.8 juta.

Harga jam itu ditetapkan dalam masa 13 minit selepas lelongan dimulakan di lelongan jam Philips in Association with Bacs & Russo, Geneva.

Melalui laporan CNN, pada mulanya  ada 8 pihak yang berminat untuk membeli jam itu pada awal lelongan.

Mereka berlawan harga sehinggalah harga mencecah nilai tertinggi dan tinggal dua pihak bertarung harga.

Difahamkan, jam itu menjadi rebutan kerana hanya terdapat empat sahaja jam tersebut yang wujud dengan sempurna di dunia.

Jam itu telah dihasilkan pada 1943 dan mengandungi pelbagai fungsi.

Antaranya fungsi fasa bulan, tanda waktu arab dan metertachy yang mampu mengukur kelajuan dan jarak.

Rekod jualan termahal sebelum ini ialah Patek Philippe Reference 5016 pada harga RM32.1 juta.

Produk buatan Patek Philippe dianggap sama taraf jam tangan paling mewah di dunia.  -PENMERAHDOTCOM

The post Jam Tangan Eksklusif Dibeli Dengan Harga RM48.8 Juta appeared first on PenMerah.com.

Load disqus comments

0 comments