Komen Terbaru Farid Kamil Tentang Hubungannya Dengan Diana Danielle
Pelakon Farid Kamil tidak melihat tindakan isterinya, Diana Danielle ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangga mereka yang dikatakan goyah sebagai perkara negatif.
Perkara berkenaan telah membuatkannya bermuhasabah diri dan bertanya kepada dirinya sendiri tentang kesilapan yang berlaku dalam perkahwinan mereka.
Farid mendedahkan keadaan rumah tangga mereka kini kembali pulih dan membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan mereka suami-isteri.
Ini komen Farid:
“Pada saya ia bukan sesuatu yang negatif apabila Diana pergi mendapatkan rujukan di mahkamah kerana di situlah tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan.
“Malah di mahkamah juga ada pakar dalam bidang agama untuk mendapatkan rujukan dan nasihat, bukan semata-mata tempat membuat keputusan.
“Apabila perkara ini terjadi saya bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri apakah kesilapan yang sudah terjadi,”
“Kami masih gembira dengan perkahwinan kami malah ia menambah lagi kemanisan dalam hubungan kami suami-isteri.
“Apa yang terjadi adalah satu momen yang perlu dilalui dalam mengenali pasangan kita dengan lebih baik lagi,”
Farid ditemui ketika menghadiri Anugerah Skrin 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. -PENMERAHDOTCOM
The post Komen Terbaru Farid Kamil Tentang Hubungannya Dengan Diana Danielle appeared first on PenMerah.com.
0 comments