Tuesday, December 27, 2016

Hukum Wanita Yang Share Gambar Air Susu Ibu Di Media Sosial


Sebelum ini viral di media sosial bila ramai yang mempertikaikan tindakan segolongan wanita yang berselfie ketika menyusu. Masih dalam lingkungan isu yang sama terbaru seorang ustaz menegur tindakan kaum wanita yang menyusu mempamerkan hasil perahan mereka di media sosial.

Status yang dimuat naik ustaz berkenaan juga menimbulkan perdebatan dalam ruangan komen terutama bila beliau menggunakan perumpamaan air mani yang dianggap tidak sesuai dan kasar.

Walau pun ada yang menganggap perkongsian foto itu sekadar untuk memberi inspirasi kepada kaum ibu untuk menyokong penyusuan ibu namun bagi lelaki ia mungkin membayangkan perkara lain, itu antara yang turut diperkatakan oleh netizen tentang status berkenaan.




Berikut adalah perkongsian ringkas namun pedas dari Ustaz Emran Ahmad.

Minta maaf, boleh tolong rasa malu sikit tak?

Benda-benda sulit atau perkara yang bersifat peribadi tidak payahlah tayang di fb atau kepada orang lain. Tanpa rasa bersalah ada wanita menunjukkan gambar 'air susu' badannya kepada khalayak (di fb dll). Ada pula yang tunjukkan gambar pakaian dalam yang hendak dipakai malam nanti pada suami di fb.

Kalau ditegur nanti dijawab apa salahnya? Bukan tunjuk aurat pun. Sedangkan pengertian aurat  itu luas bukan hanya bermaksud anggota badan sahaja sebaliknya dalam bahasa Arab kalimah aurat itu sendiri disebut ;

Setiap sesuatu yang ditutup kerana malu jika ditunjukkan.

Kalau orang perempuan tanpa malu boleh tunjuk air susu badannya yang diperah atau disimpan, apa bezanya jika ada pula orang lelaki menunjukkan air maninya yang dibubuh atas sudu atau dalam cawan?

# Tapislah perbuatan kita dengan akal fikiran, sifat malu dan budi pekerti yang tinggi serta kesopanan dalam setiap tindakan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Apabila hilang malu pula maka yang datang semuanya keburukan! 

via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments