بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Pada kesempatan hari penuh berkat ini, ana ingin berkongsi dengan antun semua, sebuah doa yang amat bermanfaat sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, semoga doa ini dapat memudah dan mempercepatkan segala urusan.
Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah ﷺyang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.
Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺbersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.
.
.
Khasiat Doa
Penjelasan daripada faedah doa di atas adalah:
Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun sesuatu yang sukar, boleh menjadi mudah jika Allah سبحانه وتعالى mengkehendakinya.
Hati antum hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan bergantung pada diri sendiri yang lemah. Jika hati terlalu terlalu yakin atau mempercayai diri sendiri sahaja sehingga melupakan Allah سبحانه وتعالى, maka semestinya apa saja yang dilakukan atau sesuatu urusan tersebut akan menjadi semakin sukar. Ingatlah bahawa sesiapa yang sentiasa bertawakkal pada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah سبحانه وتعالىakan memudahkan setiap urusannya.
Manusia mempunyai kehendak. Tetapi kehendak tersebut hanya boleh direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh kerana itu, hati seharusnya bersandar pada Yang Maha Khaliq iaitu Allah سبحانه وتعالى.
Perlunya beriman kepada takdir Ilahi dengan baik dan redha supaya tidak menjadikan seseorang semakin dukacita di atas segala musibah atau kesukaran yang menimpanya.
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
Semoga doa ringkas ini bermanfaat dan dapat diamalkan ketika antum semua berada dalam keadaan sukar dan ketika mengharapkan pertolongan, kesenangan dan kemudahan dari Allah سبحانه وتعالى.
Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى yang dengan nikmat-Nya setiap kebaikan menjadi lengkap dan sempurna.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
via Bin Usrah
0 comments