Wednesday, December 28, 2016

Jangan approve friend requests di Facebook sebarangan - Pengadu


Ada saja cara yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapat keuntungan segera dari mangsa. Terbaru, Qie's Sani mendakwa ada seorang wanita kononnya berasal dari Filipina mahu berkenalan dengan suaminya di Facebook. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Qie's Sani menyuruh suaminya approve saja friend request dari individu berkenaan dan bermulalah 'permainan' di situ.

Aduan Qie's Sani

PLEASE SHARE MY POST!

Everyone and especially boys, please ye beware. Any profile yang tak kenal, please stalk2 dulu sebelum approve.

Semalam En.Husband kata ada yang tetiba chat dia kat Messenger. Then aku pun stalk la FB Nickie Lao ni, dengan friends tak shown, status pun mcm copypaste je, gambar mmg cantik la, model & carshow babe katanya  ðŸ˜… Lagi pulak orang PHILIPPINE . 

Kalau aku yang perempuan ni pun suka tengok orang cantik2, pe tah lelaki pulak kan? Tapi korang jgn la pikir husband iolls gatai, iolls yang suruh dia approve masa orng tu add. Hahaha Yang pelik dia kat info tu FROM MALAYSIA. Kat situ semua dah nampak pelik. Tak tau pulak kalau2 kat Malaysia hujan, kat Philippine pun hujan. Maklumla, Mak Jemah ni tak pandai sangat pasal kaji cuaca.

So aku pun layankan aja la chat sindiket ni. Nak di katakan saja umpan nak tgk apa dia nak. Last2 sangkaan aku betul. Nak SKYPE OR VIDEO CALL. Sejuk bana kau la! Hahaha kau ingat aku ni tak alert ke dengan bende2 mcm ni? 

Kononnye kalau ade lelaki yang beriya percaya, pi bogel2 tunjuk anu kat si fake profile ni, for sure dia rakam. Lepas tu dia akan ugut2 mintak duit bila kita suruh padam video/gambar bogel kita. Sebelum ni dah viral tapi tak sangka jadi depan mata pulak.





Sindiket bodoh je yang tak selidik profile 'mangsa' sebelum nak baham. Pastu pagi ni bangun check, husband dah kene block. Aku check pakai FB aku, account FB dah deactivated or dah tukar nama. Harap korang beware/alert siapa yang korang approve.

Sila sebarkan agar semua tahu & lebih berhati-hati. Mungkin jadi pada adik lelaki kita, abang kita, bapa kita pun mungkin juga. Tak boleh nak predict benda nak jadi. - Qie's Sani
Load disqus comments

0 comments