Akibat memanggil Rita Rudaini dengan gelaran Mak Janda di akaun Instagramnya, Donna Muslim dikecam hebat oleh peminat Rita yang merasakan gelaran itu tidak sepatutnya diperkatakan secara umum. Kesal dengan tindakannya itu yang akhirnya mengundang kemarahan peminat Rita, Donna memohon maaf kepada rakan baiknya itu serta memberikan penjelasan mengenainya.
BACA: Rita Rudaini Lebih Suka Lelaki Muda?
“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya. Selepas perkara ini kecoh, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf”
“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya kepada Harian Metro mengenai perkara itu.
Turut menyedari apa yang terjadi, Rita ketika ditanya, beliau hanya menyedari posting terbabit apabila salah seorang daripada peminatnya menghantar paparan skrin komen terbabit. Bagi Rita, walau umum sedia maklum tentang dirinya yang berstatus ibu tunggal namun sebagai kawan Donna tidak sepatutnya menggunakan label berkenaan di laman sosial. (rkty/w)
0 comments