Tuesday, December 27, 2016

Doa Ketika Angin Bertiup Kencang

Pergerakan angin merupakan sebahagian dari tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seringkali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan. Ada kalanya juga kencang dan berlaku ribut sehingga menimbulkan sesuatu yang tidak kita suka. Ini semua berlaku dengan qadha dan qadar Allah’ Azza wa Jalla. Tentunya dengan hikmah yang Allah kehendaki. Oleh sebab itu tidak layak jika seorang muslim mencaci angin yang dicipta dan diutuskan-Nya kerana angin itu makhluk Allah SWT dan tunduk kepada perintah-Nya.
.
.

Tiupan Angin

Angin terbagi dalam dua jenis. Pertama, angin yang bertiup tenang dan membawa banyak manfaat kepada kehidupan manusia sewajarnya disyukuri atas nikmat-Nya itu.
.
Allah Ta’ala berfirman;

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٥٧

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah juga Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (QS. Al-A’raf: 57)
.

 وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۚوَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا ﴿٤٨

“Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci.” (QS. Al-furqan: 48)
.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَن يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٤٦

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Ruum: 46)
.

فَسَخَّرْنَا لَهُ الرِّيحَ تَجْرِي بِأَمْرِهِ رُخَاءً حَيْثُ أَصَابَ ﴿٣٦

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya.” (QS. Shaad: 36)
.
.

Doa Angin Kencang

.
Angin ribut yang bertiup kencang sehingga menimbulkan ketakutan, menumbangkan pepohonan, merobohkan bangunan, dan semisalnya. Kita dilarang mencacinya, kerana tidaklah menciptakan angin, mengutusnya, dan menentukan bentuk bertiupnya kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan angin kecuali penciptanya, iaituAllah ‘Azza wa Jalla.
.
Angin kencang bertiup demikian dengan ketentuan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tetapi disyariatkan mengucapkan zikir dan doa kepada Allah seperti yang diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam.
.
Daripada Aisyah Radhiyallahu Anha, ia berkata: Adalah Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam apabila angin bertiup kencang Baginda berdoa; Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya. (HR. Muslim r.a.)
.
”Allahumma Innii As’aluka Khairaha  wa Khaira Maa Fiihaa wa Khaira Maa Ursilat  Bihi wa ’Udzu Bika Min Syarriha wa Syarri Maa Fiihaa wa Syarri Maa Ursilat Bihi”
.
Dari Ubai bin Ka’ab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Janganlah kamu mencaci angin. Lalu apabila engkau melihat yang tidak menyenangkan, maka berdoalah:

اللَّهُمَّ إِنِّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيْحَ وَخَيْرِ مَا فِيْهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحَ وَشَرِّ مَا فِيْهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.” (HR. Al-Tirmidzi)
.
.
Doa Angin Kencang (Beramai-Ramai)
.
.
Apabila Dikhuatiri Angin Ribut Akan Merbahayakan
Asy-Syafi’i r.a. menerangkan, apabila terjadi angin kencang, Rasulullah SAW selalu duduk berlutut dan membaca doa di bawah:
.
.
.

Janganlah Mencela Hujan

Kata-kata celaan dari seorang muslim terhadap angin tidak ada manfaatnya sama sekali, dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang buruk kerana Allah berfirman:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿١٨

 “Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa hadir.” (QS. Qaaf;50: 18)
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci-maki angin.” (HR. Tirmidzi r.a.)
Mencaci-maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang dicipta Allah adalah dilarang. Larangan ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi, dan bukannya meyakini bahawa Allahlah yang mentakdirkannya
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dari banyak mencela dan memelihara kita agar lidah banyak bersyukur kepada-Nya atas kurniaan angin ini.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


via Bin Usrah
Load disqus comments

0 comments