Mengakui terkejut dengan tindakan isteri mudanya itu, Adi Putra menjelaskan perkara tersebut kepada Kosmo! Online sebagai suatu tindakan yang membelakangi dirinya lebih lebih lagi perkara tersebut adalah di luar pengetahuannya.
BACA: Adi Putra Bengang Wanita Komen Isu Rumahtangga
Bagaimanapun melalui BH Online, kenyataan isteri keduanya itu, Norshahida Zolkifly itu adalah lebih kepada menerangkan situasi sebenar berkaitan rumah tangga mereka dan juga hubungannya bersama isteri pertama malah dia juga mendakwa terserempak dengan wartawan.
“Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum. “Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin”
“Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,” jelasnya.
Tambah Norshahida lagi, selepas beberapa bulan berkahwin, Adi mengambil langkah mempertemukan dia bersama isteri pertama dan mereka juga kerap bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar.
“Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh. Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida”
“Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,” katanya. Apa pun, semoga kebahagiaan keluarga ini akan terus berkekalan. (rtky/s)
Gambar Ihsan: Utusan Online
0 comments