Foto - Astro Awani |
Assalam admin KRT, begini ceritanya. Gaji bulan lepas, saya serahkan RM2,000 kepada isteri. Kemudian bawa isteri dan anak-anak pergi shopping. Saya suruh isteri guna RM2,000 itu untuk beli baju raya dia dan anak-anak. Gaji bulan depan pula nak digunakan untuk persiapan raya.
Bila dah sampai shopping, isteri belikan anak seorang dua pasang baju dan anak kami ada tiga orang. Kasut pula sepasang seorang dan tudung dua pasang hanya untuk seorang anak perempuan kami.
Selepas itu saya tanya isteri, "baju awak mana?"
"Tak apa, kita utamakan anak-anak dulu," jawabnya.
Akhirnya isteri beli baju untuk saya dua pasang. Padahal saya boleh saja pakai baju raya tahun lepas.
Tiga jam kemudian, dia kata nak pulang. Saya tanya semua barang-barang dah beli dan dia jawab sudah.
Bila sampai di rumah, saya periksa semua barang yang dibeli dan tiada satu pun barang dia.
"kenapa awak tak beli baju? Duit tak cukup ke?" soal saya.
"Tak apalah bang, beli saja untuk abang dan anak-anak dulu. Duit itu masih ada, saja je ayang nak simpan untuk keperluan raya nanti," katanya.
Saya mula rasa terharu. Adakah isteri saya tak beli baju raya sebab nak utamakan saya dan anak-anak? Tiba-tiba pintu rumah diketuk orang.
"Eh, abang posmen?"
Rupa-rupanya isteri saya awal-awal lagi dah beli baju rayanya secara online. Bertuah punya isteri! Apa-apa pun saya sayangkan isteri saya, Diana, dunia akhirat.
0 comments