PETALING JAYA, KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas cedera di bahagian kiri kepala dan lebam mata kiri dalam kejadian petang semalam, ketika waktu waktu hampir berbuka puasa.
Menurut anak mangsa, bapanya yang berumur 60 tahun itu sebelum kejadian telah datang ke kedai Roti John dan meminta penjelasan dari peniaga terbabit. Namun mangsa telah dipukul.
"Ini ayah saya. Tengoklah apa yang dia buat pada ayah saya. Sanggup pukul orang tua berumur 60 tahun yang tengah duduk atas motosikal ketika waktu hampir berbuka puasa," kata anak perempuannya.
"Saya mengaku mulut ayah saya 'bising' tetapi mesti ada sebabnya kenapa ayah berbuat demikian. Dia pergi minta penjelasan dari individu itu dan yang pasti bukan dia yang mula menyentuh atau memulakan 'drama' ini," katanya.
Difahamkan kedua-dua pihak telah membuat laporan polis yang sama pada hari kejadian.
"Dia dah malukan ayah saya sampai orang keliling tengok dia terbaring di atas jalan," katanya lagi.
Sementara itu, saksi kejadian mendakwa warga emas terbabit telah datang ke kedai tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap peniaga berkenaan. Namun menafikan bahawa mangsa telah dipukul sehingga mengalami kecederaan teruk.
"Dia terluka sebab terjatuh dari motosikal, bukannya dipukul," kata saksi.
Bagaimanapun, netizen menasihatkan kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian untuk menjernihkan keadaan. - The Reporter
0 comments