Sunday, June 11, 2017

“Tanggungjawab Nak Jadi Isteri Bukan Mudah”

Menjejak usia 29 tahun, Fathia Latiff menjelaskan bahawa bukan mudah baginya untuk membuka kembali hati untuk bercinta semula namun mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang digelar Jejaka A.

Kata Fathia, dia mengenali lelaki berkenaan sejak 6 tahun lalu namun hubungan mereka mulai rapat sekitar beberapa bulan lalu. Malah pelakon wanita ini juga berharap agar hubungan mereka ini membawa ke perkahwinan.

“Saya berharap kesungguhan yang ditunjukkan A bukan hanya pada permulaan, sebaliknya saya mengharapkan kejujuran dan keikhlasannya sampai bila-bila,” katanya kepada BH Plus.

Selain itu, Fathia yang kini berada di Tanah Suci Mekah juga mahu menggunakan kesempatan itu untuk meminta petunjuk Allah dalam membawa haluan hubungan mereka dan akan menerima sebaiknya apa yang akan terjadi nanti. (rtky/s)

Load disqus comments

0 comments