Sunday, July 31, 2016

Bunyi Memang Tak Masuk Akal Tapi Ini Peraturan Yang Switzerland Buat Kalau Nak Bela Binatang

article-0-08EF5D0A000005DC-259_468x337

Pihak berkuasa Switzerland telah menetapkan bilangan minuman untuk sesetengah haiwan peliharaan. Kini adalah menjadi satu kesalahan di Switzerland untuk memelihara ikan emas jika bilangannya kurang dari dua ekor. 

Difahamkan, undang-undang baru itu diperkenalkan kerana ikan merupakan haiwan yang hidup berkumpulan dan ia dikira sebagai satu penganiayaan sekiranya ia tidak hidup dalam kawanan.

Undang-undang tersebut bukan saja tertakluk untuk ikan emas sahaja, binatang peliharan lain juga termasuk dalam peraturan baru itu.

Rakyat Switzerland yang ingin membela kucing mahupun anjing juga perlu mengambil kursus bagi menjalani latihan berkaitan haiwan peliharaan mereka.

Walaupun undang-undang baru ini kedengaran sedikit aneh namun ada baiknya juga mereka membuat peraturan seperti ini.  Apa komen anda?

Sumber: mynewshub

Read more

“Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri”

Tidak dinafikan berita pertunangan diantara pasangan kekasih, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim memang mengejutkan orang ramai. Namun bagi Wak Doyok, beliau lebih rela membiarkan orang ramai membuat spekulasi sendiri mengenai berita itu, pada masa yang sama Wak juga tidak mengesahkan dan juga tidak menafikan laporan pertunangan itu.

BACA: Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang?

“Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak mahu ambil kisah pasal kehidupan orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia mengenai dakwaan mengatakan beliau dan kekasih telah mengikat tali pertunangan pada minggu lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga daripada kedua-dua belah pihak sahaja.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut mengenai laporan pertunangan yang dilangsungkan pada 23 Julai lalu, Azrinaz memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya. Menurut sumber, buat masa ini belum ada kepastian mengenai tarikh dan tempat bagi menyambut majlis perkahwinan pasangan sama padan ini.

Terdahulu, Mingguan Malaysia secara eksklusif telah melaporkan berita pertunangan diantara Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz, di Desa Hartamas, Kuala Lumpur. Difahamkan dalam majlis tersebut, ibu Wak telah menyarungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan pertunangan mereka. (rkty/w)

1- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg 2- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg 4- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg 5- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg 6- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg 7- %22Biar Orang Ramai Buat Spekulasi Sendiri%22 - jpeg
Read more

Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza

Semalam merupakan minggu terakhir bagi umat Islam menyambut bulan Syawal, ramai selebriti mengambil kesempatan cuti di hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka. Semalam juga telah berlangsungnya rumah terbuka yang dianjurkan oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K yang diadakan di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur dengan meriahnya.

BACA: Siti Nurhaliza Jawab Peminat Kritik Dirinya Berniqab Di Mekah

Majlis bertambah meriah apabila tetamu yang hadir turut berpeluang menyanyi bersama-sama Siti, disamping beramah mesra dengan penyanyi kesayangan mereka di sepanjang majlis berlangsung. Dalam majlis tersebut juga terdapat ramai selebriti yang turut hadir menceriakan suasana antaranya, Anzalna dan suami, Lisa Surihani, Izara Aisyah, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Manakala memetik laporan m Star Online pula, selepas lama berehat dari aktiviti dunia seni Siti bakal mengeluarkan album terbaru beliau yang ke 16. Malah kini beliau sudah pun memulakan proses untuk mencari bahan-bahan bagi memulakan album beliau. Selepas lima bulan, peminat Siti bakal menikmati album terbaru beliau yang dijadual keluar pada awal tahun 2017.

Walau apapun, semoga segala perancangan dan urusan yang dirangka oleh Siti di masa akan datang akan berjalan dengan lancar. Diharap semoga Siti dimurahkan rezeki lagi dan diberikan kesihatan yang baik bagi meneruskan kerjaya seninya. Pasti ramai yang tidak sabar dan teruja menantikan album baru beliau nanti setelah lima bulan menantikan suara lunak beliau. (rkty/w)

1- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 2- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 3- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 4- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 5- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 6- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 7- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 8- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 9- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 10- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 11- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 12- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 13- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 14- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 15- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 16- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 17- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 18- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 19- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 20- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 21- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 22- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 23- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 24- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 25- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 26- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 27- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 29- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 30- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg 31- Sekitar Kemeriahan Rumah Terbuka Siti Nurhaliza - jpeg
Read more

Kalau Rasa Tutup Semua Aplikasi Jimatkan Bateri Smartphone, Anda Silap Besar!

menu2
Sumber: Says & Cnet Oleh: Aimi Nordin
Ramai antara kita yang gunakan smartphone mesti sangka dengan tutup semua aplikasi yang kita guna boleh jimatkan bateri terutama sekali bila bateri dah nyawa-nyawa ikan je kan? Tak kisah lah korang guna Android mahupun iOS, sebenarnya dengan cara macam tu korang tak save pun bateri korang tapi buatkan ia jadi lagi teruk.

Perasan tak kalau korang tak tutup apps tu bila nak buka laju je. Tapi bila korang tutup dia ambil masa nak load dulu dari mula yang sebenarnya buat bateri lagi cepat habis.

Seorang pengguna Apple email CEO Apple dan tanya pasal ni. Tgk apa Tim Cook jawab: 

iphone-1

iphone2

screen-shot-2016-07-27-at-11-13-58-am

menu1

menu2

loq

doze

Read more

Fara Fauzana Bakal Kahwini Ahli Perniagaan?

Setiap tahun dihurung soalan sama mengenai jodoh dan secara tiba-tiba Fara Fauzana menghantar kad jemputan untuk sidang akhbar sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dan juga spekulasi.

BACA: Fara Fauzana Mahu Beri Laluan Kepada Bakat Baru

Malah melalui sumber Kosmo! Online, dilaporkan bahawa hos dan juga bekas penyampai radio popular ini bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dalam waktu terdekat.

Maka sidang akhbar yang bakal diadakan hari ini berkemungkinan adalah untuk berkongsikan perkara menarik tersebut. Jika benar, semoga segala persiapan Fara Fauzana menjelang hari bahagia akan dipermudahkan.

Apa apa pun, kita tunggu laporan dan juga perkara sebenar yang akan diumumkan sendiri oleh Fara pada petang ini.(rtky/s)

5- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 4- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 3- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 2- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 7- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA 6- Fara Fauzana Bakal Kahwin Ahli Perniagaan? - ROTIKAYA
Read more

“Setiap Hari Isteri Minta Cerai”

Ketika dakwaan menghalau isteri keluar dari rumah hebat melanda Along Raja Lawak atau turut dikenali sebagai Along Cham, akhirnya figura komedi itu sendiri menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada BH Online.

BACA: Along Raja Lawak Halau Isteri Dari Rumah?

“Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya”

“Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak?”

“Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?” tegasnya selain menyatakan bahawa dia tidak pernah melarang isterinya bertemu anak lelaki mereka.

Tambah Along lagi, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakan isterinya itu keluar tanpa meminta izin suami. Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan dengan jalan yang terbaik. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Malaysia

Read more

Adira AF Sah Hamil 7 Minggu

Tahniah kami ucapkan kepada Adira AF dan juga suaminya, Datuk Seri Adnan kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan suami penyanyi tersebut di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

BACA: “Biar Adira Rasa Apa Yang Pernah Saya Rasa”

8- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA

“Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas. Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain mengimpikan cahaya mata lelaki bersama Adira, Datuk Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di laman sosial menjelaskan bahawa dia juga kini sedang merancang untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah.

“Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka. Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah,” katanya. (rtky/s)

6- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 5- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 4- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 3- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 2- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA 1- Adira AF Sah Hamil 7 Minggu - ROTIKAYA
Read more

Tahukah Anda Ais Batu Boleh Merawat Kecantikan Kulit Muka?

screen-shot-2016-07-29-at-12-50-03-pm

Oleh Feyra Nasrom Sumber FB  Tips Muka Cantik Tanpa Jerawat

Tahukah anda ais batu sebenarnya banyak maanfaat terhadap kulit wajah kita? Bukan sekadar digunakan untuk menyejukkan minuman dan sebagainya, tapi ais batu juga boleh mencantikkan wajah anda dan juga dapat merawat masalah jerawat di kulit muka. Sebuah perkongsian dari facebook Tips muka cantik tanpa jerawat ini ada  menyediakan manfaat yang diperoleh menerusi ais batu ini. Jom baca!

screen-shot-2016-07-29-at-12-49-45-pm screen-shot-2016-07-29-at-12-49-56-pm

Read more

Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang

Mungkin kerana statusnya yang masih bujang, Neelofa sering dikaitkan dengan beberapa jejaka sebelum ini. Namun baru-baru ini beliau didakwa sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang, malah Neelofa juga dikatakan bakal menjadi isteri kedua lelaki tersebut yang juga berstatus VIP. Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan tersebut sekerasnya.

BACA: Neelofa Rancang Tunaikan Haji Tahun Ini

“Saya tidak memerlukan lelaki itu, jauh sekali duit ringgitnya. Saya tidak perlu apa-apa daripadanya. Demi Allah, saya baru tahu cerita ini minggu lalu apabila seorang teman memaklumkannya. Sudah beberapa tahun, saya dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Ia bagaikan tiada berpenghujung, malah saya sudah jemu mendengarnya”

“Lagi dan lagi cerita karut seperti ini dibangkitkan. Sebelum ada pihak yang datang untuk mengasari, ingin saya maklumkan di sebalik kelembutan, saya juga mempunyai perwatakan seperti lelaki. Jangan ingat saya tiada upaya mempertahankan diri. Saya sudah cukup dewasa untuk melawan,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai perkara itu.

Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa terkilannya terhadap sesetengah pihak yang masih mengaitkan kontroversi berkenaan dengan dirinya walaupun ianya sudah lama berlalu. Pada masa yang sama, beliau turut menyangkal dakwaan mengatakan dirinya bersama lelaki terbabit hanya kerana statusnya sebagai seorang lelaki yang kaya dan ternama.

Dalam masa yang sama, Neelofa akui dirinya bukan seorang yang mudah jatuh cinta walaupun ramai jejaka ternama termasuk seorang lelaki dari Mesir ingin melamarnya. Malah ramai juga yang terus datang bertemu ibunya untuk mendekati beliau namun hatinya masih sukar untuk menerima jodoh yang diaturkan keluarga dan ingin mencari sendiri. (rkty/w)

2- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 3- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 4- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 5- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 6- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg 7- Neelofa Nafi Skandal Dengan Suami Orang - jpeg
Read more