Friday, July 29, 2016

Keistimewaan Susu Kambing Dan Khasiatnya Sebagai Supplement

Susu kambing segar rasanya sedap, sedikit manis dan berlemak. Susu kambing yang segar dan baru diperah tidak berbau. Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.

Saya ada pengalaman sedikit dengan susu kambing, di mana budak yang terkena demam kuning boleh cepat sembuh jika diberi minum susu kambing segar. Ikut aturan yang disarankan. Insyaa Allah anak-anak anda yang terkena demam kuning atau Infant Jaundice boleh kembali normal.

Keistimewaan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu kambing boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser.

Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Oleh sebab itu kita semua pun tahu bahawa minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur.

Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi.

 

Pernah saya terbaca ada yang bertanya walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?

1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.

3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ

Terdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.

”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”

Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.

Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dengan 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

  • Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali bukan asidik
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
  • Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
  • Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
  • Memulihkan tenaga batin dan awet muda

Oleh sebab itu, susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

  • Penyakit deman kuning
  • Penyakit lemah jantung
  • Penyakit darah tinggi
  • Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
  • Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
  • Penyakit batuk kering atau TB
  • Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertetis
  • Ulser perut, senggugut
  • Menambahkan selera makan bagi kanak-kanak
  • Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
  • Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur).
  • Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur).
  • Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya.
  • Yang menyembuhkan kita itu Allah. Susu kambing ini cuma usaha kita untuk sihat.

Kelebihan Susu Kambing

  • Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
  • Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
  • Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
  • Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
  • Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
  • Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
  • Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
  • Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Artikel susu kambing ini adalah sebagai bacaan tambahan saya dalam mempraktikkan pemakanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw. Mengikut sunnah kan bagus, lagipun meminum susu kambing bagus untuk kesihatan.

 

Sumber : http://ift.tt/2ak5n6u

The post Keistimewaan Susu Kambing Dan Khasiatnya Sebagai Supplement appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments