Bila termometer kaca pecah, jangan berlengah lagi terus je hubungi pihak Bomba. Jangan pula anda pandai-pandai pergi lap merkuri guna kain atau tisu, itu tindakan yang berbahaya!
Bukan merkuri dalam kosmetik je bahaya, merkuri dalam termometer pun bahaya juga. Kesan jangka masa panjang dari merkuri ini boleh mengakibatkan kerosakan saraf otak, ginjal, kanser, alzheimer, parkinson dan gangguan perkembangan janin.
Jadi kalau situasi seperti berlaku, anda kena bertindak cepat.
Lihat seberapa pantas proses pengewapan merkuri ni merebak apabila termometer pecah dan jatuh ke lantai?
Daripada gambar gambar tersebut jelas menunjukkan betapa bahayanya merkuri jika tidak di kendalikan dengan baik.
Sumber: FB Annacobra Twinkle
0 comments