Berang dengan perangai suaminya, seorang wanita telah menjual lelaki itu di aplikasi jual beli iaitu OfferUp pada harga $1 (RM4).
Di bahagian description barangan pula, wanita tersebut menyatakan suami seorang penipu, suka menggunakan orang lain dan tidak berguna.
Bukan itu sahaja, Amanda juga turut mendedahkan sikap buruk suami dengan menulis:
“Penagih dadah, suami dan ayah yang tak berguna tapi saya pasti ada wanita yang mahukan gaya hidup sebegini. Jadi dia amat dialu-alukan ke rumah anda. Dia tidak mempunyai kenderaan tetapi akan menghabiskan minyak kereta anda. Dia juga akan sumbat minda anda dengan janji manis bahawa hidup akan jadi lebih bermakna tetapi berhati-hati, kerana tak ada satu pun kebaikan yang boleh diharapkan daripada dia.”
Amanda siap beri suaminya 4 bintang lagi. HEHE!
Sumber: mynewshub
0 comments