Monday, July 25, 2016

Jangan Boroikan Suami Kalau Nak Bahagia Selamanya

Suami boroi tanda hati senang, rumahtangga bahagia, isteri rajin & pandai masak… macam-macam lagilah perkara memuji pasangan yang bersuamikan lelaki boroi.

Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan…. Boroi itu seksi.

g
Wahai para isteri yang sayangkan suami… Kalau sayang suami, sayang anak-anak, sayang diri sendiri… tak usah dibiarkan suami terus dalam keadaan boroi.

Tolong dia untuk kurangkan tahap keboroian itu. Boroi memang seksi, memang cute, memang comel… tapi…

Boroi adalah salah satu tanda suami anda mungkin mengalami sindrom X atau sindrom metabolik!

Pengumpulan lemak di kawasan perut dan pinggang, diiringi dengan beberapa point dalam pemeriksaan kesihatan….. sebenarnya meningkatkan risiko suami anda untuk menghidap sakit jantung, strok dan kencing manis.

Inilah keadaan yang dinamakan sindrom X atau sindrom metabolik itu.

Boroi adalah salah satu ciri sindrom X. Lain-lain ciri penghidap sindrom X yang boleh diperolehi melalui pemeriksaan kesihatan:

  • Paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah tinggi (masalah dengan insulin)
  • Bacaan kolesterol HDL lebih rendah dari 35 mg/dl
  • Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150 mg/dl
  • Tekanan darah melebihi 140/90

Sindrom X membawa kepada risiko rintangan terhadap insulin dan pra-diabetes (paras gula yang tinggi, tapi belum tahap diabetes). Kalau keadaan ini berterusan, ia berkaitan dengan pelbagai respon negatif daripada tubuh seperti:-

  • Kerosakan pada lapisan dalam arteri –> risiko penyakit jantung dan strok
  • Perubahan kepada keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam –> risiko darah tinggi, sakit jantung dan strok
  • Peningkatan kadar trigeliserida –> risiko penyakit kardiovaskular
  • Risiko blood clot (pembentukan darah beku) yang boleh menyekat salur darah dan menyebabkannya pecah –> risiko serangan jantung dan strok
  • Mengganggu proses rembesan insulin –> risiko diabetes Jenis 1

Apa boleh isteri lalukan untuk bantu suami hidup lebih sihat?

  1. Galakkan suami beraktiviti fizikal, misalnya joging, berbasikal, bermain badminton
  2. Kurangkan menyediakan makanan yang tinggi kandungan lemak, karbohidrat bertapis dan kalori kosong
  3. Minimumkan pengambilan ubat-ubatan beliau. Ubat-ubat seperti ubat anti depresi, kortikosteroids, antihistamin; boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa kepada obesiti dan intoleransi glukos.

 

Sayang suami, jangan biarkan dia terus boroi. Tak dapat 6 pack pun tak apa, asalkan tak ke depan sangat. Semoga suami kita bertambah sihat dan bahagia selamanya bersama-sama…

 

Sumber :  http://ift.tt/2aqM4y7

The post Jangan Boroikan Suami Kalau Nak Bahagia Selamanya appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.

Load disqus comments

0 comments