Monday, July 25, 2016

Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak

Hadir di dalam dunia seni selepas kejayaan Uqasha dan Nelydia menempa nama dan populariti terlebih dahulu, bekas Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose menyatakan bahawa dia tidak terkilan dengan sesetengah pihak yang mendakwa dia dibayangi populariti kakaknya.

BACA: Raysha Rizrose Mahu Contohi Cara Lisa Surihani

“Orang boleh kata apa sahaja mengenai diri saya. Tapi itu bukanlah satu masalah buat diri saya dan saya tak terkilan pun akan hal itu. Sebab saya tahu langkah saya dalam industri bermula dari bawah sewaktu mula-mula saya menyertai Dewi Remaja di peringkat ujibakat sehinggalah saya memenangi pertandingan tersebut,” katanya kepada Rotikaya.

Melihatkan kerjaya Raysha yang kurang menyerlah berbanding rakan-rakan seperjuangannya di pertandingan Dewi Remaja lepas. Raysha optimis kerana percaya akan rezeki dan perjalanan yang masih jauh dalam industri.

“Sejujurnya rasa tak terkilan sebab pihak pengurusan saya iaitu, Astro sendiri menitik beratkan kualiti dan eksklusitiviti. Saya ada diberi penerangan dan juga bercakap sendiri dengan pihak pengurusan tentang apa yang saya mahukan dalam kerjaya saya dalam industri ini”

“Perjalanan saya dalam industri masih jauh lagi dan saya akan pilih projek-projek yang boleh keluarkan mutu dan kualiti. Saya juga percaya pada rezeki,” jelasnya. (rtky/s)

5- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA 4- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA 3- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA 2- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA 7- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA 6- Raysha Rizrose Tak Terkilan Dibayangi Populariti Kakak - ROTIKAYA
Load disqus comments

0 comments