Menjawab segala persoalan mengenai kisah berkahwin dua baru-baru ini, Adi Putra dalam sidang media menjelaskan bahawa dia tidaklah berniat untuk merahsiakan pernikahannya itu. Malah Adi turut menolak dakwaan zuriat sebagai punca dia berkahwin dua.
BACA: Status Instagram Adi Putra Cetus Persoalan
“Kalau cakap tentang zuriat, bagi saya itu anugerah kerana zuriat ini tidak boleh hantar ke bengkel kereta. Kalau kita hantar ke bengkel kereta, dah lama saya buat. Jadi di sini bukan isu tentang zuriat”
“Sebab bayangkan kalau saya duduk sebagai seorang wanita pun, it’s not because of zuriat. Jadi saya tidak ada masalah dengan Aida tentang zuriat. Atau pun menjadi sebab untuk pergaduhan, perselisihan faham. So, it’s not because of zuriat,” jelasnya dalam sidang media tersebut.
Tambah Adi lagi, apa yang terjadi kepadanya bukanlah masalah. Malah dalam sidang media yang disifatkannya sebagai perkongsian tersebut, Adi tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan acara resepsi, jika diizinkan Tuhan.
Kalau boleh kita nak ada keramaian, Biar saya buat satu persatu dahulu, apa yang harus saya laksanakan. Kena pilih satu dulu, selesaikan satu dulu. Kalau Allah izinkan untuk adakan resepsi, bagi saya, kenapa tidak”
“Bagi saya itu perancangan. Resepsi ini adalah adat dan budaya. Jadi, saya ketepikan adat dan budaya dulu. Saya laksanakan apa yang saya harus laksanakan dulu,” katanya.
0 comments