Baru-baru ini, kedengaran kisah keretakan hubungan cinta di antara Emma Maembong dan juga Kamal Adli dan menerusi laporan BH Online, Emma kini hanya menunggu Kamal pulang dari penggambaran di luar negara sebelum membuat keputusan terhadap hala tuju hubungan mereka.
BACA: Emma Maembong Mahu Kurangkan Lakonan Bersama Kamal Adli
“Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami”
“Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini”
“Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata,” jelasnya.
Ke mana arah tuju hubungan Kamal dan Emma selepas ini masihlah kabur dan pastinya Emma akan berkongsikan perkara tersebut bersama peminat setianya. Atau mungkin sebenarnya mereka mahu buat kejutan kepada peminat bahawa mereka telah bersedia melangkah ke peringkat yang lebih serius. Mungkin. (rtky/s)
0 comments