Wednesday, November 23, 2016

Mayat Budak 2 Tahun Diawet Dalam Tong Ikan

Polis mengangkat tong ikan berisi mayat mangsa berusia 2 tahun | Foto - Harian Metro
SUNGAI PETANI - Mayat seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan, manakala kakaknya, 4, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital, dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, awal pagi ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi. 

"Sepasukan anggota polis tiba di lokasi pada jam 2 pagi dan menemui seorang wanita berusia 26 tahun mengatakan anak perempuannya dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan. 

"Wanita itu kemudian memberitahu anak lelakinya dipukul sehingga mati oleh lelaki yang sama dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik," katanya. 

Hasil pemeriksaan polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan dibalut dengan toto, kain batik dan pita perekat. 

Polis kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan pada jam 6 pagi tadi. Kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

"Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu," katanya. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments