Thursday, November 24, 2016

Hazama, Genervie Bakal Nikah Bulan Depan

Setelah menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun, pasangan, Hazama dan Genervie Kam bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Disember depan. Mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana, Hazama memaklumkan bahawa majlis pernikahan mereka akan diadakan di masjid atau pejabat agama sahaja sebelum berkongsi berita itu kepada peminat.

BACA: Hazama: Perkahwinan Saya Tidak Ada Majlis

“Memang saya berhasrat untuk bernikah dulu pada bulan depan. Diharapkan, pernikahan itu akan mengelakkan fitnah dan cakap orang mengenai hubungan kami. Alhamdulillah, dia pun kini dalam proses memeluk agama Islam dan keluarganya juga menerima saya dengan sebaiknya”

“Orang ramai memang mengharapkan saya mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran seperti dianjurkan beberapa teman lain. Bukannya saya tidak mahu berbuat begitu, namun ia tetap berbalik kepada keadaan ekonomi dan kewangan. Jadi, saya rasa lebih elok kami berjimat”

“Mungkin saya akan bernikah di masjid atau pejabat agama saja. Lepas nikah, saya akan maklumkan kepada semua orang di laman sosial. Bukan saya tidak mahu menjemput ramai tetamu, cuma saya takut akan menjadi gementar apabila ramai yang datang. Jadi, saya akan memberikan video apabila majlis nikah selesai,” katanya kepada Berita Harian Online.

Enggan terlalu memikirkan persepsi orang ramai mengenai keinginannya melakukan majlis sederhana walaupun bergelar selebriti, bagi Hazama pernikahan itu lebih penting. Manakala bagi majlis persandingan pula, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh yang sesuai kerana ia memerlukan persediaan besar selain daripada kos yang tinggi. (rkty/w)

2-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg 3-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg 4-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg 5-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg 6-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg 7-hazama-genervie-bakal-nikah-bulan-depan-jpeg
Load disqus comments

0 comments