Thursday, November 24, 2016

(Video) Kurang Ajar! Pasangan Cabul & Halang Penjawat Awam Wanita Jalankan Tugas


SUNGAI BULOH - Video pasangan dipercayai suami isteri yang menghalang seorang penjawat awam wanita menjalankan tugas, viral di media sosial dua jam yang lalu. 

Video yang dimuat naik oleh Mikar El Hilmiy itu telah ditonton 258 kali, mencetuskan kemarahan netizen terhadap pasangan berkenaan yang dianggap kurang ajar. 

Berdasarkan video, pasangan berkenaan menghalang seorang penjawat awam yang menjalankan tugasnya menggenakan kompaun pada kenderaan milik pasangan berkenaan kerana dipercayai kupon yang diletakkan melebihi masa atau kupon lama digunakan semula. 

Berang dengan tindakan itu, wanita berpakaian hitam itu menarik seragamnya, manakala si lelaki pula menghalang mangsa cuba melarikan diri sambil merakam gambarnya. 

Rakan mangsa cuba menolong, namun tidak berdaya kerana saiz badan lelaki itu ternyata bukan lawannya. 

Mangsa cuba menjerit meminta dilepaskan dan menjelaskan bahawa mereka telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, namun tidak diendahkan. Malah lelaki itu dilihat cuba merakam wajah mangsa dalam keadaan cuba memeluknya. 

Berang dengan tindakan lelaki itu, mangsa sekali lagi menjerit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. 

Bagaimanapun mangsa berjaya melarikan diri tidak beberapa lama kemudian. 

Sementara itu, netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar lelaki dan wanita itu serta meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan berkenaan. - The Reporter
Load disqus comments

0 comments