Masih menanti ruang kosong di hati diisi, pelakon Anis Al Idrus menyatakan bahawa kali ini dia mahukan bakal suami yang bukan saja stabil dari kewangan malah turut stabil daripada pemikiran.
BACA: Anis Al-Idrus Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Kekasih
“Saya masih solo dan sibuk bekerja. Tidak sempat lagi mengenali sesiapa. Kalau ada yang hendak berkenalan, dipersilakan tetapi pastikan calon yang betul. Saya mencari lelaki yang waras, matang dan tidak gilakan harta tetapi mencari harta dengan usaha sendiri”
“Memandangkan umur saya sudah 28 tahun, saya mencari seseorang yang stabil dari segala segi. Stabil dari segi otaknya dan kewangannya. Matang dalam segala hal maknanya benda yang negatif boleh bertukar kepada positif. Itu yang saya hendak cari,” kongsinya kepada Malay Mail Online.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkannya itu bukanlah dibuat berdasarkan pengalaman bercinta dengan bekas teman lelakinya, Raja Afiq mahupun Sharnaaz Ahmad sebelum ini. Malah dia juga turut menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. (rtky/s)
0 comments