Baru-baru ini Ayda Jebat didakwa dua kali memerli seorang penyanyi sehingga menyebabkan penyanyi tersebut meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial. Yup, penyanyi ini juga pernah menyatakan rasa jelik dengan gelagat Ayda sebelum ini.
BACA: Shila Amzah Rasa Jelik Dengan Ayda Jebat?
Bagaimanapun Ayda yang ditemui di majlis sidang media pelancaran single barunya, ‘Nakal, Nakal, Nakal’ bersama Oppo F1s berkata, perkara itu hanyalah salah faham dan dia tidak berniat sama sekali untuk memerli artis tersebut.
“Saya tak ada niat, kalau terasa maafkan saya. Niat saya hanyalah mahu kacau Sharnaaz patutnya Sharnaaz lah yang marah,” katanya yang turut diperli di Twitter oleh penyanyi wanita berkenaan.
Jelas Ayda tindakannya merakam video bersama Sharnaaz dengan berlatarkan lagu Selamanya Cinta bukan untuk menyindir mana-mana pihak, sebaliknya hanya berniat untuk bergurau dengan gandingannya itu.
Lebih menarik lagi, penyanyi wanita berkenaan bukan hanya meluahkan rasa tidak puas hati malah turut menghubungi pihak pengurusan Ayda dan meminta Ayda memadamkan video tersebut kerana dikatakan telah mengganggu emosinya. (rtky/h)
0 comments